Wednesday, October 6, 2010

-kemaskini-




Semalam berlalu laju.
Tanpa sedar esok menanti.

Langkah maju ke destinasi,
menzahir mimpi jadi realiti.
Hiraki kehidupan segalanya dipuncak,

elak dipijak hanya dilonjak!
Berguru nafsu otak membisu,
jasad angkuh batin melusuh,
janji teraju bukan diaju,


kerja mengarah bukan diarah,
biarlah kosong asal berkuasa?
pandai disindir bodoh diagung!
tutup diharam dedah direla!

kemaskini...

aku kembali menulis.
sarat dan berat,
otak pereka terbaik!
karang laju ayat tersusun.
menaip pantas makna tersirat!
pelbagai maksud boleh diungkai...
tersalah tafsir maafkan hamba!


-aku masih disini-

No comments:

Post a Comment