Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 2012

Dah lama dah aku mengomel kat sini...so, malas nak tulis panjang... Just nak ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga segala amalan kita mendapat barakah dariNya..

Thursday, October 14, 2010

Ingat Sket!


kata kau ku merapu.
kata ku kau penyapu!
halal dan haram,
keji dan mulia semua kau sapu.
macam tong sampah!
selagi muat isi sampai sendat.
Melimpah sisa busuk baru nak muntah.






Pejam sebelah mata buat² simpati.
campak saguhati konon suci hati.
jiwa penuh dengki otak naik karat.
leka dengan nafsu iblis teman rapat.
nampak dahi licin mesti mau sebat.
bila tinggal sepah dicampak sepah².

yang mekar pasti layu.
yang ranting pasti patah.
yang muda pasti tua.
yang hidup pasti mati.

ingat sebelum terlambat.
selagi berkudrat baiklah bertaubat.
akhirat mendekat ingatlah sahabat!
aku pun tak hebat,
cuma berkongsi amanat
hindar sebelum tersesat!!!

Wednesday, October 6, 2010

-kemaskini-




Semalam berlalu laju.
Tanpa sedar esok menanti.

Langkah maju ke destinasi,
menzahir mimpi jadi realiti.
Hiraki kehidupan segalanya dipuncak,

elak dipijak hanya dilonjak!
Berguru nafsu otak membisu,
jasad angkuh batin melusuh,
janji teraju bukan diaju,


kerja mengarah bukan diarah,
biarlah kosong asal berkuasa?
pandai disindir bodoh diagung!
tutup diharam dedah direla!

kemaskini...

aku kembali menulis.
sarat dan berat,
otak pereka terbaik!
karang laju ayat tersusun.
menaip pantas makna tersirat!
pelbagai maksud boleh diungkai...
tersalah tafsir maafkan hamba!


-aku masih disini-

Monday, June 7, 2010

CD Ebook kompilasi teknik suntingan foto terbaik vol1.

Ebook: Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik Vol.1 - - ImranAbdulJabar.com

Kawan2 sekalian...

kepada yang berminat nak mengetahui cara suntingan foto terbaik boley lah click di URL yang disediakan...

aku tanak simpan ilmu sorang2...benda baik camnie aku suke kongsikan dengan korang sume.

so, pada sesiapa yang berminat nak belajar menggunakan photoshop dan menghasilkan suntingan foto terbaik...jangan segan2..kerja mudah...click jer kat situ....

dapatkan hak milik korang sendiri....nak lagi best roger kawan2 skali...

http://imranabduljabar.com?ap_id=alouqe

Thursday, December 31, 2009


Happy New Year Everybody!!!
Tutup buku lama...kita buka buku baru....
papehal aku nak mintak ampun dan maaf dari kalian sume...maafkan aku andai ada salah dan silap...kosong2...
-aku masih di sini-