Friday, January 30, 2009

Kesinambungan...


Ya! Bertemu kembali di "kawasan" Gelombang Cuaca Buruk...

Dah petang² macam nie, otak dah tepu...Mate pon dah kelabu!!!pale otak melayang kedalam alam halusinasi yang tidak berpenghujung...Makin dalam aku terokai,aku makin sesat!!!(ayat nak best jer!) Bagitau je la dah takde mood nak buat kije,kan senang...hahaha... Macam la korang tak pahamkan? Dah la besok cuti...lagi la tak sabo nak pulang ke rumah...hehehe...

Dengan bertemankan "headphone",alunan "buttersound" bergema di corong telinga! Lagu² dari album "Selamat tinggal dunia" memang mengasyikkan...lagu "cuai" menjadi pilihan semasa aku mencoretkan setiap ayat dalam "kawasan" ini...salah satu bait yang paling aku suka dalam lagu nie ialah "Salahkahku bermasalah?"...jawapannya tak salah!!!

Renungan bersama : Orang yang tiada masalah itulah orang yang paling bermasalah...

Oklah!!! Waktu gerak dah sampai...So,aku nak gerak dululah...

Untuk pengetahuan anda² sekalian.Sebenarnya,tak ada kaitan pun antara Gelombang Cuaca Buruk dengan tatasusila aku berbahasa melayu semalam tu.Cuma, aku nak ingatkan diri aku jer... Kalo nak tulis surat rasmi jagan la pakai ayat² pasar macam aku guna dalam blog nie...Naya jer kang!!!

tak kisah la ape bahasa korang nak guna sekali pon,yang penting jati diri tu jangan hapuskan... Bahasa menunjukkan bangsa...Amalan mulia budaya kita...Majulah sukan untuk negara...

Selamat berhujung minggu!!!

p/s: info berguna masih dalam pencarian...

Wednesday, January 28, 2009

Mukadimah dari aku


Salam untuk kamu semua!!!

Terima kasih sebab sudi menjenguk "kawasan" ni. Buat masa sekarang aku masih mencari ilham @ info berguna untuk diselitkan dalam "kawasan" aku. Kepada sesiapa yang ada ide² canggih dan bernas boleh dikongsi bersama.

Untuk pengetahuan semua, ilham nak mencipta "kawasan" atas nama Gelombang Cuaca Buruk ni dah lama. Cuma isi atau inti patinya kurang "padu" pada masa itu.Aku nak satu "kawasan" yang boleh merangsang pemikiran kita semua. "kawasan" pintar!!! Bukan satu "kawasan" canggih tapi kosong tanpa ilmu yang boleh dikongsi...

Aku sengaja menggunakan bahasa Melayu dalam mukadimah ini. Nak sedarkan diri sendiri!Maklumlah, budayaku sekarang lebih selesa dengan bahasa pasar. Sudahlah pasar di rojakkan lagi!!! Memang aku akui, aku selesa berbahasa pasar. Sampai aku nak tulis mukadimah ni pun naik segan!

Segan nak gunakan bahasa tulen negara aku sendiri!!!

Atas sebab itu, aku reka satu " kawasan" untuk aku mengarut dengan nahu dan tatabahasa tulen bahasa melayu. Itu pun, aku masih sangsi betul ke salah ayat aku.

Tapi kenapa Gelombang Cuaca Burukkan? Apa kena mengena dengan ayat bahasa melayu aku!!!

Tunggu...

- pa'e -